Monday 11 March 2013

TEORI SISTEM DUNIA:SATU MODEL GLOBALISASI OLEH IMMANUEL WALLERSTEIN


NEGARA CORE<----->NEGARA SEMI-PERIPHERAL<------>NEGARA PERIPHERAL
                          
Teori sistem dunia merupakan bentuk hubungan negara dalam sistem dunia yang terbahagi dalam tiga bentuk negara iaitu negara pusat, negara semi pinggiran dan negara pinggiran. Ketiga-tiga bentuk negara tersebut terlibat di dalam hubungan yang harmoni secara ekonomi dan kesemuanya bertujuan untuk menuju kepada bentuk negara pusat yang mapan secara ekonomi. Perubahan status negara pinggiran menuju negara semi pinggiran ditentukan oleh keberhasilan negara pinggiran melaksanakan salah satu atau gabungan dari strategi pembangunan, iaitu strategi menangkap dan memanfaatkan peluang, strategi promosi dengan undangan dan strategi berdiri diatas kaki sendiri. Sedangkan keupayaan negara semi pinggiran menuju negara pusat bergantung pada kemampuan negara semi pinggiran melakukan perluasan pasaran serta introduksi teknologi moden serta kemampuan bersaing di pasaran antarabangsa melalui persaingan harga dan kualiti.

 Teori sistem dunia tidak boleh dipisahkan dengan teori kebergantungan (interdependency theory) dan teori pergantungan (dependency theory) yang mana kedua-dua teori ini saling bergantung diantara satu sama lain.

Antara negara-negara pusat di dalam teori sistem dunia ialah Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Britain, German dan Perancis. Sebagai contoh, Perancis adalah slah satu negara pusat yang  terletak di Eropah Barat yang mana mempunyai sebilangan wilayah di Amerika Utara, Caribbean, Amerika Selatan, bahagian selatan Lautan Hindi, Lautan Pasifik, dan Antartika. Wilayah-wilayah ini mempunyai bentuk kerajaan yang berbeza-beza dari jabatan seberang laut hingga kolktiviti seberang laut. Perancis merupakan negara terbesar di Eropah Barat dan ketiga terbesar di Eropah secara keseluruhannya. Ia mempunyai zon ekonomi kedua terbesar di dunia dan telah  menjadi kuasa utama dengan pengaruh budaya yang kuat, ekonomi, ketenteraan dan politik di Eropah dan seluruh dunia.

KDNK Perancis berkembang 1.9% ( Januari – Jun 2010 : 1.4%) didorong terutamanya oleh pelaburan yang meningkat 3.5% dan penggunaan swasta sebanyak 1.2 % ( Januari-Jun 2010 : -3.4 % ; 1.3%). Pengeluaran pembuatan berkembang 5.1 % dijana oleh peningkatan peralatan mesin, elektrikal dan elektronik (8%) serta peralatan pengangkutan (5.3%). Inflasi meningkat 2.2% ( Ogos 2010  : 1.4%) disebabkan terutamanya oleh harga tenaga dan komoditi global yang tinggi. Pada tahun 2011, pertumbuhan ekonomi Perancis dijangka berkembang 1.7% (2010 : 1.4%).

Manakala negara semi pinggiran iaitu Hong Kong gah menjalankan ekonomi dengan mengadakan hubungan dengan negara- negara luar. Hong Kong pernah menjalinkan hubungan dengan Republik Rakyat Cina. Hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua- dua  negara tersebut selepas daripada penyatuan Hong Kong dengan Republik Rakyat Cina pada Julai 1997. Kepadatan Hong Kong  menyebabkan  negara tersebut memiliki sumber alam semulajadi yang terhad. Malah,  bekalan bahan mentah juga terpaksa diimport bagi memenuhi keperluan penduduknya. Nilai bagi import dan eksport, malahan pengeksportan semula  Hong Kong adalah berpaksikan nilai dolar. Bahkan, Hong Kong pernah menjadi ibu pejabat Asia untuk sebilangan syarikat- syarikat multinasional dalam beberapa dekad yang lalu.

               Hong Kong ialah metropolitan global dan pusat kewangan. Hong Kong juga mempunyai ekonomi  kapitalis yang maju. Bertunjangkan Basic Law, Hong Kong memegang kuasa autonomi tertinggi dalam segenap aspek pemerintahan kecuali hal berkenaan hal- ehwal luar negeri dan pertahanan. Justeru, Kerajaan Pakatan Rebuplik Cina bertanggungjawab menjunjung hal ehwal luar negeri dan pertahanan. Hong Kong menggunakan mata wangnnya sendiri. Lain daripada itu, aspek berkaitan sistem perundangan, sistem politik, cara hidup rakyatnya, masih dipertahankan oleh negara Hong Kong, perkara ini banyak memperlihat perbezaan Hong Kong dengan Tanah Besar.Sebagai sebuah pelabuhan perdangan pada suatu ketika, United Kingdom berupaya menjajah Hong Kong pada tahun 1842. Rentetan itu, Hong Kong dapat kita lihat mempunyai pergantungan kepada British pada 1983 berlanjutan sehinggalah kepada penyerahan kedaulatan kepada Rebuplik Cina pada 1997. Penduduk Bandar raya adalah 95% etnik Han dan 5% lagi etnik lain.

Sepintas sebelum ini telah dibincangkan mengenai negara teras ( Core Country), dan juga separa – pinggiran ( Semi – Peripheral  ). Untuk kes negara pinggiran ini pula, beberapa elemen dan ciri – ciri dapat disenaraikan , ciri – ciri ini dipetik dari apa yang dicanangkan oleh sarjana terkenal dalam teori Sistem Dunia ini iaitu Immanuel Wallerstein. Antara ciri – ciri umum nya ialah :
1.       Mempunyai ekonomi yang lemah dan kurang kepelbagaian.
2.       Kerajaan yang lemah dan tidak fleksibel
3.       Institusi yang tida efektif disamping kutipan cukai yang tidak telus dan tidak mampu digunakan bagi maksud pembangunan .
4.       Selalunya bergantung kepada satu bentuk ekonomi
5.       Sektor industry yang minima dan hampir –hampir tiada.
6.       Amat bergantung kepada syarikat multinasional.
7.       Terikat kepada tekanan antarabangsa dan negara teras.

Untuk itu, saya cuba membawakan model negara yang tergolong dalam kumpulan negara pinggiran, iaitu Republik Cuba. Sebuah negara diktator yang masih membangun dalam rentak yang amat perlahan serta tegar di tekan oleh badan antarabangsa.
                Cuba mengamalkan sistem sosialis, iaitu satu bentuk pemerintahan yang umumnya faham bahawa ia mengamalkan sistem ekonomi tutup pintu, dimana hampir kesemua perkara ekonomikalnya akan disusun atur dan dikawal selia terus dari pihak kerajaan. Bukti mudahnnya  ialah, sehingga pertengahan 1980 –an, Cuba amat bergantung kepada Soviet Union Rusia untuk bantuan peralatan, bantuan subsidi dan pelbagai lagi. Apabila tiba penghujung 1980 – an, pihak Soviet mula membekukan subsidi kepada Cuba, mula dari itu Cuba mula tersepit, kerana pada masa yang sama, Cuba hanya bergantung kepada eksport bahan mentah seperti gula, hasil tembakau, hasil protein, dan kopi, serta dibantu dengan eksport kecilan yang lain seperti barangan perubatan.
                Selain itu, tekanan pihak luar menambah lagi kesengsaraan Cuba, Embargo yang dikenakan pihak Amerika Syarikat (AS) serta Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu (PBB) menyukarkan import – eksport Cuba. Embargo ini ialah satu denda akibat kedegilan Cuba untuk membuka pintu negara kepada pasaran terbuka dan demokrasi. Kerana Cuba sejak Presiden Batista digulingkan, Fidel Castro memegang tampuk pemerintahan, dan bertindak sebagai dictator dan menutup pintu negara kepada Liberalisasi ekonomi dan pasaran bebas.
                Ini ialah serba sedikit berkenaan dengan Republik Cuba yang tergolong dalam senarai negara pinggiran. 






0 comments:

Post a Comment