Monday 18 March 2013

BUDAK2 KGB NK AJAR PASAL RUSSIA




Persekutuan Rusia :
Umumnya maklum bahawa Rusia merupakan sebuah negara yang mempunyai keluasan geografi yang terbesar di seluruh benua di bumi ini. Ia merentasi beberapa sempadan negara, seperti Norway, Finland, Estonia, di Eropah, bersempadan dengan China, Mongolia, dan Korea Utara di sebelah Asia  dan Jepun di Asia jauh. Rusia juga antara negara yang mempunyai rezab bahan mentah terbesar serta pengeluar gas asli utama dunia (rujukan) . Fakta – fakta ini menyokong pendapat umum bahawa Rusia ini merupakan sebuah negara yang kukuh ekonomi nya, stabil pendapatan dan mempunyai kehidupan yang makmur.
            Sedikit sebanyak sejarah dan latar belakang negara Rusia ini meliputi sejarah beberapa bangsa Steppe timur seperti bangsa Rus, Tartar, Kazakh dan Mongolia (rujukan). Perubahan zaman serta peningkatan keintelektualan telah mengubah masyarakat Russia – Steppe ini menjadi sebuah masyarakat yang tunggal tanpa mengira latar belakang bangsa dan ras. Mereka menggunakan satu bentuk bahasa yang umum dan setara. Manakala menganut agama kristian Orthodox yang diperkenalkan oleh empayar Byzantium. Hubungan rapat antara Rusia dan empayar Byzantium telah memungkinkan pemindahan teknologi dan bidang keilmuan kedalam sisitem pentadbiran Rusia.


Peta Russia yang dibahagikan beberapa state negeri

Rusia telah melalui beberapa proses evolusi masyarakat sepanjang zaman, bermula dengan era feudal, kemudian dijajah oleh Tartar, Kazakh, dan akhir sekali Monggolia. Di era pertengahan dan melangkah ke era pencerahan dimana Rusia mula mengimport budaya barat ke dalam sempadan empayarnya, Tsar Rusia merupakan antara legasi kepimpinan yang mahu mengintegrasikan budaya timur Rusia dengan budaya, teknologi dan ilmu barat.
            Dari situ lah bermula Rusia terdedah dengan pelbagai ilmu empiric dan moden, pembangunan dan pembinaan pemerintahan yang berkesan mula dibentuk agar segala nya berjalan dengan mudah. Ini penting bagi rusia yang cuba mentakrifkan diri mereka sebagai sebahagian daripada Eropah, walaupun mereka mereka merupakan bangsa yang majoriti timur. (clash of civilization)


Last Emperor

Selepas itu, melangkah ke zaman selepas kurun ke 18 dan 19, Rusia mula mengalami sedikit kecelaruan identiti dan pegangan politik, di mana akhirnya pemimpin Komunis iaitu Lenin melancarkan revolusi dan mengubah Rusia daripada negara Feudal  tegar kepada sebuah negara komunis secara total. Dari sini sedikit sebanyak telah wujud beberapa pencapaian signifikan dalam pemerintahan, cara pengendalian ekonomi, kematangan masyarakat, hubungan antarabangsa, serta perkara – perkara yang lain.
Topic pengenalan ini juga memberi sedikit klu berkenaan dengan beberapa topik yang akan dibincangkan selepas ini, ia akan memberi satu pra – sebab mengapa beberapa data – data seperti Human Development Indicator ( penunjuk pembangunan Manusia ), Coruption Index ( Index Korupsi ), dan Human Right Watch indicator ( penunjuk Hak Asasi Manusia ). 










Zaman USSR yg menaikkan Russia ketika itu







INDEKS PEMBANGUNAN MANUSIA (HDI)

Pada tahun 1990, Laporan Pembangunan Manusia telah menerbitkan Indeks Pembangunan Manusia (HDI) yang mana telah diperkenalkan sebagai alternatif kepada langkah-langkah konvensional pembangunan negara. Antaranya ialah seperti tahap pendapatan dan kadar pertumbuhan ekonomi. Terdapat 3 dimensi yang menjadi ukuran kepada asas pembangunan manusia iaitu :
1)    Kesihatan
2)    Pendidikan
3)    Pendapatan

            Indeks Pembangunan Manusia (HDI) bagi negara Rusia adalah 0.788 yang meletakkan Rusia di kedudukan yang ke 55 dari 187 buah negara setanding.






Indeks Pembangunan Manusia (HDI) Dalam Kesihatan, Pendidikan Dan Pendapatan





Gambar rajah : Trend Komponen Indeks Pembangunan Manusia (HDI) di Rusia
                                                                        1995-2011


Nilai Indeks Pembangunan Manusia (HDI) bagi tahun 2011 adalah 0.755 dalam kategori tertinggi pembangunan manusia iaitu berada pada keduudkan 66 daripada 187 negara dan wilayah. Antara tahun 1995 dan 2011, nilai Indeks Pembangunan Manusia (HDI) di Rusia meningkat dari 0.675 kepada 0.755 iaitu peningkata sebanyak 12.0 peratus atau peningkatan tahunan kira-kira 0.7 peratus.

            Kedudukan Rusia dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI) bagi tahun 2010 berdasarkan data dan kaedah yang diperolehi pada tahun 2011 adalah berada pada kedudukan 66 daripada 187 negara. Manakala, berdasarkan Laporan Pembangunan Manusia (HDR) 2010, Rusia berada pada kedudukan 65 daripada 169 negara.

            Walaubagaimanapun, ia adalah mengelirukan untuk membandingkan nilai-nilai dan kedudukan denagn laporan sebelum ini kerana data asas dan kaedah telah berubah serta beberapa buah negara telah dimasukkan dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI).


 Press Freedom-Kebebasan Media
Rusia telah  bekerjasama dengan  beberapa institusi antarabangsa mengenai hak asasi manusia dilihat seperti tidak serius tentang pelaksaanaannya. Beberapa perkembangan positif yang yang berkaitan dengan kebebasan bersuara telah diseimbangkan dengan tujuan untuk memporak- perandakan aspek perundangan di kawasan- kawasan lain.
Hak kepada kebebasan berhimpun menjadi masalah yang sudah menjadi kudis dalam kalangan masyarakat di Rusia. Pihak polis terpaksa meyuraikan perhimpunan awam yang kerap diadakan oleh aktivis masyarakat sivil dan parti politik pembangkang. Pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan dan menahan beberapa orang penunjuk perasaan yang aman. Mahkamah Rusia memberikan denda atau hukuman kepada mereka yang telah ditahan oleh pihak pentadbiran.
Kerajan anti-“ekstremis” kempen akses dan kandungan internet.
Perdana menteri sekarang diundi iaitu ( calon pemilihan Presiden) Vladimir Putin, pada 9 Februari 2012: Fenomena negatif memang ada di merata tempat termasuklah di internet, dan hal ini tidak sepatutnya digunakan sebagai alasan untuk mengehadkan kebebasan internet. Bagaimanapun, pihak yang berkuasa menggunakan beberapa langkah menghalang kekejaman untuk meneguhkan kawalan internet mereka iaitu dengan menggunakan servis. Seterusnya ialah Sistem Kawalan Persekutuan (SKP) mengambil langkah untuk menutup jumlah organisasi maya yang bersifat online pada lewat 2011. Selain itu, kebanyakan kumpulan ini telah sedia maklum clearly called iaitu  ahli-ahli mereka perlulah menghormati peraturan dan tidak membiarkan diri mereka didorong oleh faktor keganasan yang sedia ada.
Propaganda dan serangan siber
Beberapa ribu akaun Twitter misalnya telah digodam pada hujung 2011 kerana kebanjiran media sosial dengan mesej berunsurkan pro-kerajaan yang menggunakan hashtags popular dengan pihak pembangkang yang ternama di samping menggunakan nama seorang aktivis politik yang terkenal dan seorang blogger yang anti rasuah iaitu Alexei Navalny. Selain itu, banyak blogger Rusia yang menunding jari kepada Ware of Bots kerana melepaskan penentangan Live Journal platform media sosial. Di samping itu, Oleg Kozyrez seorang blogger pembangkang telah mengira terdapat lebih daripada 2,000 orang telah menggunakan senjata perisian ini. Kesimpulannya dapat dilihat bahawa kerajaan Rusia masih membuat kawalan dalam mengakses internet serta mutu dan ketepatan maklumat dipelihara dengan tidak sewenang-wenangnya menyebarkan propaganda. 




Sunday 17 March 2013

CORRUPTION IN RUSSIAN

Isu penyelewengan mmg merupakan isu yg hangat berlaku di dalam semua negara tidak mengira sektor temasuklah polisi dan kerajaan yg sepatutnya membanteras dan mencegah jenayah ini daripada terus menular.Sebelum itu, kita mestilah mengetahui apa itu 'corruption'. Corruption yang kita kenali ini ialah rasuah yang merupakan satu jenayah yang sukar dihapuskan walaupun ia terjadi dalam kalangan negara-negara maju. Rasuah bermaksud penyalahgunaan kuasa dalam mencapai keuntungan peribadi bagi seseorang individu tersebut dan ia akan memberi kesan kepada masyarakat atau komuniti yang mempercayai dan berpegang kepada intergriti dalam menempatkan diri di tempat yang sepatutnya diduduki. Definisi ini telah dijelaskan di dalam http://www.transparency.org/whatwedo?gclid=CMCM7_6mgLYCFRES6wodDB0A-A yang merupakan satu badan NGO yg menilai persepsi rasuah setiap negara dan negara2 ini diberi 'rank' berdasarkan indeks yang telah dinilai oleh badan ini. Bagi mengetahui lebih ringkas mengenai badan yang dikenali sebagai Transparency.org ini,pelawat  boleh menonton video ini sebagai tatapan ringkas mengenai peranan badan ini.


Negara yang difokus oleh kumpulan kami ialah negara Rusia yang kaya dengan sejarahnya tersendiri daripada pemerintahan Soviet sehinggan sekarang yang membentuk pemerintahan ala-ala demokrasi namun dari segi pemerintahan ia tidak mudah lari daripada pengaruh komunis yang yg masih kekal di dalam polisi kerajaan Russia ketika ini. Isu yang ingin disentuh adalah mengenai persepsi rasuah yang berlaku dalam negara Russia.Negara Russia merupakan salah satu negara yg telah dinilai oleh Transparency.org bg menilai 'level' persepsi rasuah yg berlaku di negara Russia. Menurut Transparency.org, Russia menduduki tangga ke 133 daripada 176 buah negara di dalam Corruptions Perception Index pada tahun 2012. Kedudukan Russia  ini menunjukkan amalan rasuah yang tinggi yg diamalkan di negara Russia. Menurut carta ini, semakin tinggi carta kedudukan sesebuah negara itu, semakin tinggi nilai amalan rasuah yang berlaku di sesebuah negara itu.  Menurutnya lagi, skor 0-100 menunjukkan sesebuah negara itu bersih daripada amalan rasuah dan penyelewengan dan skor 100 ke atas menunjukkan amalan rasuah yg berleluasa di dalam sesebuah negara itu dan Russia tidak terkecuali daripada senarai.

Pada tahun 2o1o, sebanyak 26% skor yg mewakili rakyat Russia yg melaporkan jenayah rasuah kepada pihak berkuasa dan ini menunjukkan peratusan yang sedikit berbanding negara lain. Hal ini kerana, didapati antara organisasi yg terlibat di dalam amalan rasuah adalah terdiri daripada pihak berkuasa dan pegawai2 awam serta perkhidmatan awam. Tidak hairanlah peratusan rasuah di negara Russia amat tinggi walaupun tersenarai dalam negara G-8. Kajian yg dilakukan oleh Global Corruption Barometer juga menunjukkan sebanyak 52% daripada responden mempercayai tindakan kerajaan Russia menangani rasuah tidak effisien dan berkesan manakala sebanyak 26% yg hanya mempercayai keberhasilan usaha pencegahan amalan rasuah ini. Di samping itu, sebanyak 53% daripada responden mempercayai peningkatan rasuah yg berlaku dari tahun 2007-2010, 39% yg mempercayai tidak ada perubahan kepada amalan rasuah dan hanya 8% sahaja yg mempercayai terdapat berlaku penurunan jenayah ini.

Persoalan yg timbul, mengapakah isu ini sukar ditangani oleh pihak berkuasa lebih2 lg kerajaan pimpinan Medvedev sebelum ini. Adakah hukuman penolakan gaji minumum 200-500 tidak bebaloi dengan dengan hukuman mati ketika kepimpinan Soviet dahulu. Mungkin dengan keruntuhan kerajaan Soviet pd tahun 1991 itu menjadi satu cetusan bagi amalan rasuah ini lebih berleluasa berbanding sebelumnya.










Monday 11 March 2013

TEORI PERGANTUNGAN(DEPENDENCY THEORY)



Sedikit mengenai teori ini pertama kali telah diperkenalkan oleh Thetonio Dos Santos dan Andre Gunder Frank dalam menjelaskan hubungan di antara negara ‘maju’ dan ‘miskin’ ketika itu.Hal ini kerana teori ini merupakan item yang penting dalam Sistem Teori Dunia. Pergantungan yang jelas dari segi ekonomi yang memaksa negara miskin(pinggir) bergantung kepada negara maju(sentral) dalam menaikkan pembangunan di dalam negara mereka.Teori yang diperkenalkan ini tidak asing lagi dengan sistem ekonomi kapitalis-dunia dan apabila negara maju dapat mencengkam negara miskin ini dengan berleluasa,ia menggambarkan fasa akhir dalam sistem ekonomi kapitalis. Menurut Dos Santos, negara-negara miskin yakni negara Dunia Ketiga membangun atau maju akibat dengan pengembangan ekonomi oleh negara maju yakni negara G-8 dengan menggunakan sistem kapitalis. Jika sistem ekonomi yang dialami oleh negara maju ini maka ia secara langsung akan menjejaskan negara miskin ini namun jika perkara sebaliknya berlaku apabila sistem ekonomi negara miskin ini jatuh, ia tidak akan menjejaskan negara maju yang mencengkamnya.

Gambar rajah di atas menunjukkan pergantungan negara miskin atau pinggiran dalam mendapatkan goods daripada negara maju yakni negara sentral dan negara sentral juga memerlukan sumber yang dapat menjana ekonomi mereka. Contoh yang dapat dilihat ialah bagaimana negara sentral seperti U.S mencengkam negara2 Timur Tengah bagi memperoleh sumber galian iaitu minyak bagi membantu ekonomi dan operasi ketenteraannnya. Dengan penggambilan sumber-sumber ini, negara sentral dapat menerapkan pelbagai polisi yang dapat meningkatkan income mereka dan seterusnya dapat melindungi negara mereka daripada negara menbangun yakni negara separa pinggiran. Bagi negara separa pinggiran pula, negara ini tidak mendatangkan kesan yang besar terhadap negara sentral dan negara pinggir. Walaupun negara-negara ini terikat dengan sistem kapitalis namun negara ini tidak lupa dalam mengembangkan industri sendiri. Sebagai contoh negara Korea Selatan yang mengembangkan pelbagai industri seperti pemotoran sehinggan dapat dieksport ke negara sentral sendiri. Negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Hongkong ini merupakan salah satu contoh negara separa pinggir yang berkemungkinan dapat melepaskan diri daripada kuasa imperialis kapitalis dengan industri masing-masing.
http://www.wisegeek.org/what-is-dependency-theory.htm

TEORI SISTEM DUNIA:SATU MODEL GLOBALISASI OLEH IMMANUEL WALLERSTEIN


NEGARA CORE<----->NEGARA SEMI-PERIPHERAL<------>NEGARA PERIPHERAL
                          
Teori sistem dunia merupakan bentuk hubungan negara dalam sistem dunia yang terbahagi dalam tiga bentuk negara iaitu negara pusat, negara semi pinggiran dan negara pinggiran. Ketiga-tiga bentuk negara tersebut terlibat di dalam hubungan yang harmoni secara ekonomi dan kesemuanya bertujuan untuk menuju kepada bentuk negara pusat yang mapan secara ekonomi. Perubahan status negara pinggiran menuju negara semi pinggiran ditentukan oleh keberhasilan negara pinggiran melaksanakan salah satu atau gabungan dari strategi pembangunan, iaitu strategi menangkap dan memanfaatkan peluang, strategi promosi dengan undangan dan strategi berdiri diatas kaki sendiri. Sedangkan keupayaan negara semi pinggiran menuju negara pusat bergantung pada kemampuan negara semi pinggiran melakukan perluasan pasaran serta introduksi teknologi moden serta kemampuan bersaing di pasaran antarabangsa melalui persaingan harga dan kualiti.

 Teori sistem dunia tidak boleh dipisahkan dengan teori kebergantungan (interdependency theory) dan teori pergantungan (dependency theory) yang mana kedua-dua teori ini saling bergantung diantara satu sama lain.

Antara negara-negara pusat di dalam teori sistem dunia ialah Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Britain, German dan Perancis. Sebagai contoh, Perancis adalah slah satu negara pusat yang  terletak di Eropah Barat yang mana mempunyai sebilangan wilayah di Amerika Utara, Caribbean, Amerika Selatan, bahagian selatan Lautan Hindi, Lautan Pasifik, dan Antartika. Wilayah-wilayah ini mempunyai bentuk kerajaan yang berbeza-beza dari jabatan seberang laut hingga kolktiviti seberang laut. Perancis merupakan negara terbesar di Eropah Barat dan ketiga terbesar di Eropah secara keseluruhannya. Ia mempunyai zon ekonomi kedua terbesar di dunia dan telah  menjadi kuasa utama dengan pengaruh budaya yang kuat, ekonomi, ketenteraan dan politik di Eropah dan seluruh dunia.

KDNK Perancis berkembang 1.9% ( Januari – Jun 2010 : 1.4%) didorong terutamanya oleh pelaburan yang meningkat 3.5% dan penggunaan swasta sebanyak 1.2 % ( Januari-Jun 2010 : -3.4 % ; 1.3%). Pengeluaran pembuatan berkembang 5.1 % dijana oleh peningkatan peralatan mesin, elektrikal dan elektronik (8%) serta peralatan pengangkutan (5.3%). Inflasi meningkat 2.2% ( Ogos 2010  : 1.4%) disebabkan terutamanya oleh harga tenaga dan komoditi global yang tinggi. Pada tahun 2011, pertumbuhan ekonomi Perancis dijangka berkembang 1.7% (2010 : 1.4%).

Manakala negara semi pinggiran iaitu Hong Kong gah menjalankan ekonomi dengan mengadakan hubungan dengan negara- negara luar. Hong Kong pernah menjalinkan hubungan dengan Republik Rakyat Cina. Hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua- dua  negara tersebut selepas daripada penyatuan Hong Kong dengan Republik Rakyat Cina pada Julai 1997. Kepadatan Hong Kong  menyebabkan  negara tersebut memiliki sumber alam semulajadi yang terhad. Malah,  bekalan bahan mentah juga terpaksa diimport bagi memenuhi keperluan penduduknya. Nilai bagi import dan eksport, malahan pengeksportan semula  Hong Kong adalah berpaksikan nilai dolar. Bahkan, Hong Kong pernah menjadi ibu pejabat Asia untuk sebilangan syarikat- syarikat multinasional dalam beberapa dekad yang lalu.

               Hong Kong ialah metropolitan global dan pusat kewangan. Hong Kong juga mempunyai ekonomi  kapitalis yang maju. Bertunjangkan Basic Law, Hong Kong memegang kuasa autonomi tertinggi dalam segenap aspek pemerintahan kecuali hal berkenaan hal- ehwal luar negeri dan pertahanan. Justeru, Kerajaan Pakatan Rebuplik Cina bertanggungjawab menjunjung hal ehwal luar negeri dan pertahanan. Hong Kong menggunakan mata wangnnya sendiri. Lain daripada itu, aspek berkaitan sistem perundangan, sistem politik, cara hidup rakyatnya, masih dipertahankan oleh negara Hong Kong, perkara ini banyak memperlihat perbezaan Hong Kong dengan Tanah Besar.Sebagai sebuah pelabuhan perdangan pada suatu ketika, United Kingdom berupaya menjajah Hong Kong pada tahun 1842. Rentetan itu, Hong Kong dapat kita lihat mempunyai pergantungan kepada British pada 1983 berlanjutan sehinggalah kepada penyerahan kedaulatan kepada Rebuplik Cina pada 1997. Penduduk Bandar raya adalah 95% etnik Han dan 5% lagi etnik lain.

Sepintas sebelum ini telah dibincangkan mengenai negara teras ( Core Country), dan juga separa – pinggiran ( Semi – Peripheral  ). Untuk kes negara pinggiran ini pula, beberapa elemen dan ciri – ciri dapat disenaraikan , ciri – ciri ini dipetik dari apa yang dicanangkan oleh sarjana terkenal dalam teori Sistem Dunia ini iaitu Immanuel Wallerstein. Antara ciri – ciri umum nya ialah :
1.       Mempunyai ekonomi yang lemah dan kurang kepelbagaian.
2.       Kerajaan yang lemah dan tidak fleksibel
3.       Institusi yang tida efektif disamping kutipan cukai yang tidak telus dan tidak mampu digunakan bagi maksud pembangunan .
4.       Selalunya bergantung kepada satu bentuk ekonomi
5.       Sektor industry yang minima dan hampir –hampir tiada.
6.       Amat bergantung kepada syarikat multinasional.
7.       Terikat kepada tekanan antarabangsa dan negara teras.

Untuk itu, saya cuba membawakan model negara yang tergolong dalam kumpulan negara pinggiran, iaitu Republik Cuba. Sebuah negara diktator yang masih membangun dalam rentak yang amat perlahan serta tegar di tekan oleh badan antarabangsa.
                Cuba mengamalkan sistem sosialis, iaitu satu bentuk pemerintahan yang umumnya faham bahawa ia mengamalkan sistem ekonomi tutup pintu, dimana hampir kesemua perkara ekonomikalnya akan disusun atur dan dikawal selia terus dari pihak kerajaan. Bukti mudahnnya  ialah, sehingga pertengahan 1980 –an, Cuba amat bergantung kepada Soviet Union Rusia untuk bantuan peralatan, bantuan subsidi dan pelbagai lagi. Apabila tiba penghujung 1980 – an, pihak Soviet mula membekukan subsidi kepada Cuba, mula dari itu Cuba mula tersepit, kerana pada masa yang sama, Cuba hanya bergantung kepada eksport bahan mentah seperti gula, hasil tembakau, hasil protein, dan kopi, serta dibantu dengan eksport kecilan yang lain seperti barangan perubatan.
                Selain itu, tekanan pihak luar menambah lagi kesengsaraan Cuba, Embargo yang dikenakan pihak Amerika Syarikat (AS) serta Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu (PBB) menyukarkan import – eksport Cuba. Embargo ini ialah satu denda akibat kedegilan Cuba untuk membuka pintu negara kepada pasaran terbuka dan demokrasi. Kerana Cuba sejak Presiden Batista digulingkan, Fidel Castro memegang tampuk pemerintahan, dan bertindak sebagai dictator dan menutup pintu negara kepada Liberalisasi ekonomi dan pasaran bebas.
                Ini ialah serba sedikit berkenaan dengan Republik Cuba yang tergolong dalam senarai negara pinggiran. 






Monday 4 March 2013

ISU-ISU MENGENAI MCDONALD

ISU BOYCOTT VS NO-BOYCOTT

ASSALAMUALAIKUM!!!Isu ini telah hangat menjadi perbualan masyarakat di Malaysia bahkan di dunia.Hal ini kerana dakwaan yang dikenakan ke atas fast-food restaurant yang plg popular di dunia iaitu McDonald telah menyokong dari pelbagai segi aspek seperti foundation dan sebagainya dalam pencerobohan tentera ZIONIS di Palestin.Hal ini terbukti apabila pengbongkaran hubungan CEO McDonald iaitu Jack M. Greenberg dengan persatuan yang dinaungi komuniti Amerika-Israel.Pembongkaran yang jelas apabila McDonald donate sebilangan besar wang kepada komuniti persatuan itu dan ia mendatangkan perasaan kurang enak kepada pengguna McDonald khususnya umat Islam.
Bukti pembabitan komuniti dengan McDonald
Seperti mana yang dijelaskan sebelum ini,pembongkaran itu mendatangkan perasaan marah kepada masyarakat dunia khususnya umat Islam sumbangan fees yang diberikan oleh setiap francise di serata dunia bertanggungjawab pada pencerobohan serta pembunuhan rakyat Palestin oleh tentera ZIONIS.Segala tindakan pencegahan telah dilakukan termasuklah usaha boikot yang merupakan salah satu usaha setidak-tidaknya menggagalkan rancangan mereka ini.


Contoh-contoh boikot yang laksanakan masyarakat dunia terhadap McDonald.


Namun begitu,pihak McDonald khususnya di Malaysia telah menafikan pembabitannya dalam sumbangan terhadap pencerobohan di Palestin.Ini merupakan sebilangan bukti yang ingin ditonjolkan bagi menunjukkan segala dakwaan yang mengatakan francise di Malaysia juga turut terbabit dalam sumbangannya kepada ekonomi Israel.Antara buktinya ialah:
  • Pengakuan pihak McDonald dalam isu perletakan jawatan CEO iaitu Jack Greenberg yang merupakan 'orang kuat' dalam komuniti Amerika-Israel foundation di dalam laman sosial facebook McDonald.
  • Notis yang dikeluarkan oleh Pengarah Utusan yang menyangkal pembabitan McDonald Malaysia kepada sumbangan kepada Israel.


Segala dakwaan dan penyangkalan berkaitan isu ini tidak dapat dibuktikan 100% kerana setiap pihak telah mengeluarkan bukti yang dapat mengaitkan kepada isu ini.Jadi bg ADMIN terpulanglah bagi masyarakat Malaysia dalam menimbangkan baik buruknya terhadap isu ini.TP BAGI ADMIN:

##TAK MAKAN MCDONALD PUN TAKPE ASALKAN BURGER PASAR MALAM ADA!!!

PRO & KONTRA FRANCAIS



Kemunculan industri makanan segera di Malaysia sedikit sebanyak telah menyebabkan berlakunya perubahan budaya terutamanya dalam kehidupan masyarakat. Perubahan budaya yang berlaku adalah berpunca dari pengaruh budaya yang masuk dalam kehidupan masyarakat. Pengaruh budaya yang boleh dilihat berlaku dalam pelbagai aspek iaitu dalam aspek sistem pengurusan dan budaya masyarakat itu sendiri. Sistem pengurusan francais merupakan sistem yang cekap dan sistematik. Pelanggan tidak perlu menunggu lama seperti mana yang berlaku direstoran-restoran mahupun warung-warung.
Dahulu, sebelum wujudnya francais, masyarakat kebanyakkan memilih untuk makan direstoran-restoran mahupun warung. Namun kini, masyarakat khususnya golongan berkerjaya lebih memilih francais kerana kekangan masa dengan aktiviti harian. Mereka lebih memilih francais kerana:

  1. 1.      Mudah didapati dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menunggu.
  2. 2.      Menjimatkan masa
  3. 3.      Packaging yang ringkas
  4. 4.      Beroperasi 24 jam sehari


Salah satu contoh makanan plg simple yang boleh didapati di McDonald

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, kami mendapati golongan yang kerap mengunjungi francais seperti McD, KFC, dan yang lain-lain adalah golongan remaja yang majoritinya masih belajar di sekolah mahupun di institusi-institusi pengajian. Mereka lebih berminat lepak di francais-francais sebegini kerana keadaan yang agak kondusif dan santai. Tambahan pula dilengkapi dengan penghawa dingin dan kemudahan wifi bagi memudahkan mereka melayari internet. Berbanding dengan restoran-restoran atau warung-warung yang lain, mereka tidak menyediakan kemudahan seperti yang ada disetiap francais.

Makananan segera sudah tidak asing lagi kepada masyarakat khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, hot dog, pizza, mi segera dan pizza di iklankan setiap hari oleh media massa. Makanan segera ini mudah didapati di premis-premis perniagaan yang mengutamakan perkhidmatan menyediakan makanan dengan cepat dan selesa, enak dan harganya juga berpatutan. Namun dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif yang harus diberi perhatian oleh masyarakat umum.

            Kesibukan dalam tugas seharian telah mendorong masyarakat pada hari ini untuk mengambil makanan segera sebagai alternatif daripada makanan berat. Makanan segera boleh membawa kemudaratan kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa ‘monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan seseorang itu diserang penyakit buah pinggang dan darah tinggi. Pada hari ini, masalah kegemukan atau obesiti telah menjadi satu sindrom baru masyarakat kita berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi seperti aiskrim, minuman berkarbonat dan sebagainya.

            Selain itu, kegemukan ialah risiko peningkatan kolesterol dalam darah dan jika tidak diberi perhatian boleh menyebabkan penyakit jantung. Kajian pakar pemakanan menunjukkan bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak dimana kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa dan seterusnya boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan. Pengambilan makanan segera yang berlebihan juga boleh mengancam radang paru-paru yang boleh membawa kepada penyakit asma yang kronik. Makanan segera tidak mengandungi vitamin A yang amat diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin ini penting untuk membina sel-sel baru, disamping berfungsi untuk penjagaan kulit dan mata. Gentian yang dapat membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit tidak terdapat dalam makanan segera.

            Makanan sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan, malang sekali pada masa kini makanan turut membawa kesengsaraan kepada manusia. Oleh sebab itu, kita mestilah mengurangkan pengambilan makanan segera untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit dan mestilah mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat.

 Impak kewujudan restoran McDonalds (Francais) kepada masyarakat dari aspek ekonomi.
            Industri makanan segera mempunyai pra dan kontranya yang tersendiri. Namun begitu, di sebalik keburukan yang sering diperkatakan, industri makanan segera atau makanan ringan ini sebenarnya banyak menyumbang kepada ekonomi sesebuah negara. Hal ini demikian kerana, industri makanan segera ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai, lantas mengurangkan kadar pengganguran dan akhirnya meningkatkan produktiviti negara dalam mengeluarkan sesuatu barang dengan kadar yang maksima. Sekalipun industri makanan segera melalui arus perkembangan teknologi yang kian maju. Di mana perkembangan teknologi dapat meningkatkan daya pengeluaran dan seterusnya mengurangkan kos daya pengeluaran sesebuah firma. Namun, industri ini masih memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
            Kini, McDonalds Malaysia telah mempunyai lebih 200 rangkaian restoran di seluruh negara dan membuat projeksi pertumbuhan restoran baru dengan kadar antara 15-20 buah restoran pada setiap tahun. Peluang pekerjaan untuk warga tempatan juga bertambah dengan pembukaan restoran baru ini. Anggaran sebanyak 1500 peluang pekerjaan baru akan diwujudkan menerusi pembukaan restoran baru ini, penambahan kakitangan serta pemodelan semula restoran-restoran yang sedia ada. Menjelang tahun 2014, McDonalds Malaysia merancang untuk memiliki 300 restoran, dan membuat projeksi akan melayan lebih 12 juta pelanggan pada setiap bulan. McDonalds Malaysia juga kini menguasai 42 peratus pasaran Restoran Perkhidmatan Segera (QSR) di Malaysia, berbanding restoran makanan segera yang lain seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), Burger King, A&W, Pizza Hut, Dominos Pizza dan sebagainya.

            Selain itu juga, industri makanan segera ini juga turut membantu dalam menjana pendapatan negara. Sebagai contoh, McDonalds secara globalnya mempunyai jumlah pekerja lebih daripada 1.5 juta orang dan jumlah ini akan bertambah berikutan semakin banyak restoran McDonald di buka di seluruh negeri , sekaligus membantu negara mengurangkan kadar pengangguran yang kian meruncing dan akhirnya melalui peluang pekerjaan yang diberi, produktiviti negara dapat di pertingkatkan dengan jumlah yang maksima. Jelaslah bahawa pertumbuhan industri makanan segera tidak hanya tertumpu kepada impak buruk ke atas pengambilan makanan segera, tetapi juga mempunyai nilai yang positif antaranya adalah menjana pertumbuhan pendapatan negara.

            Penjanaan pendapatan negara juga dapat di pertingkatkan melalui industri makanan segera ini yang menggunakan sistem francais. Untuk memaksimumkan keuntungan mereka, perniagaan makanan ringan mencipta sistem “franchise” yang membolehkan syarikat untuk mempertahankan kawalan keseluruhan produk, dan memberikan tingkat pengembalian yang dijanjikan, serta pada masa yang sama membolehkan pemilik tempatan untuk mengawal kadar rendah upah kerja yang paling sesuai dengan keadaan semasa. Di Malaysia, sebanyak 30 peratus sistem francais adalah terdiri daripada industri makanan dan minuman (F&B) dan kebanyakkannya beroperasi dengan konsep segera. Cukai kerajaan sebanyak 6% yang dikenakan dalam industri ini turut mendatangkan pendapatan yang sangat lumayan kepada kerajaan. Ini bermakna setiap pembelian makanan segera oleh pengguna bukan sahaja untuk membeli makanan segera tersebut tetapi juga untuk menampung cukai kerajaan.

            Tambahan pula, industri makanan segera juga perlu membayar banyak lagi cukai kepada kerajaan termasuklah cukai tanah, cukai pendapatan dan sebagainya. Oleh itu, boleh dikatakan selain daripada industri pelancongan, perindustrian, dan pertanian, industri makanan segera juga perlu ditekankan kerana permintaan masyarakat terhadap makanan segera semakin meningkat. Cukai-cukai yang di bayar tersebut telah membantu pendapatan negara meningkat.
Tuntasnya, sistem francais ini sekaligus menaikkan ekonomi negara. Industri makanan segera ini banyak memberi impak terhadap ekonomi negara. Walaupun makanan segera ini dikatakan lebih membawa banyak keburukan dengan pengambilannya yang tidak di kawaL. Pun begitu, kewujudannya membantu negara meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara menjadi lebih terkawal.

SEJARAH FRANCAIS DAN MCDONALDS


            Sistem francais merupakan sistem satu penemuan global yang inovatif dalam strategi pemasaran yang melangkaui keperluan pengguna dan sempadan negara. Francais moden ini bermula apabila Mc Cormick telah memulakan sistem francais di dalam pengedaran barangan mesin jahit sekitar tahun 1850-an iaitu keluaran syarikat mereka. Scenario ini diteruskan oleh Ray Kroc walaupun dianggap klasik Mc Donalds dengan memulakan sejarah moden sistem perniagaan francais. 
        
       Manakala francais di Amerika Syarikat bermula selepas Perang Dunia ke-2 selepas berlaku peningkatan semangat keusahawanan dan permintaan yang semakin popular terhadap barangan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi denganharga yang berpatutan. Berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 1994 didapati 35% daripada nilai jualan runcit di Amerika Syarikat merukan jualan yang dihasikan menerusi francais.

            Francais di negara-negara lain berdasarkan kajian Persekutuan Eropah pada tahun 1998 terdapat 3,888 sistem francais di 13 negara eropah yang menjadi ahli persekutuan tersebut. Umumnya, perniagaan francais di Malaysia telah bermula kira-kira 60 tahun yang lalu menerusi syarikat-syarikat seperti Singer, Bata, stesen-stesen minyak, pengedar-pengedar automobile dan perhotelan. Namun pertumbuhan pesat perniagaan ini lebih ketara sekitar tahun 70-an dan awal 80-an apabila restoran-restoran makanan segera seperti KFC, A&W dan McDonalds mula bertapak di negara ini. Senario ini berterusan apabila lebih banyak produk dan perkhidmatan yang menggunakan pendekatan sistem francais termask sektor berkaitan automatif seperti jualan kereta, pusat servis dan perkhidmatan tayar.

               Restoren yang beralamat di Lot 120-120A Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur merupakan restoren makanan McDonalds yang pertama dibuka di Malaysia yang telah diuruskan oleh Golden Arches Restaurant Sdn. Bhd. Pada hari tersebut, McDonalds di Bukit Bintang ini telah memberikan burger Big Mac percuma bagi pelanggan yang pertama membeli Big Mac pada setiap minggu selama setahun. Selain Big Mac, McDonalds juga menjual French Fries, Fillet-O-Fish, Milkshake, Apple Pie dan lain-lain.



Restoran McDonalds yang pertama di buka di Bukit Bintang,Kuala Lumpur


Sunday 3 March 2013


Lembaran Pertama :

Masyarakat dan Francais 

Gaya hidup moden dan mudah , nama - nama restoran francais yang terkemuka seperti McDonald (McD), Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut, A&W, dan deretan nama yang lain. Namun ia tidak lah wujud di zaman millenia, ahli sejarah telah mengesan konsep makanan segera atau fastfood telah wujud sejak era Republic Rome Italy lagi. penyediaan makanan yang mudah dan serba satu menjadi santapan berzaman.

Cuma apabila zaman semakin maju, persembahan makanan itu berubah seiring peredaran masa. manusia mula menganggap makanan segera ini satu gaya hidup yang melambangkan status diri. Semestinya ada perbezaan antara makanan di restoran mamak, dan restoran francais ini. Disini kita tidak hanya melihat kepada makanan itu semata - mata, namun pengunjung dan persekitaran yang ada di premis - premis tersebut.

Ciri - ciri yang dapat dilihat termasuklah status sosial pengunjung, taraf umur, gaya dan penampilan, jangkaan   ekonomi, gender, dan latar belakang kawasan. secara kasarnya kalian boleh membayangkan pengguna yang datang ke gerai dan restoran biasa berbanding dengan mereka yang datang ke premis francais ini.setidak - tidak nya, penampilan dan jangkaan ekonomi boleh dibuat atau diandaikan secara kasar.

Contoh:



Status sosial yg pelbagai berada di fast food restaurant

Boleh nampak perbezaan nya? amat ketara bukan? 

Ciri - ciri yang kami senaraikan tadi menjadi penanda aras kepada cara masyarakat memandang status sosial itu dengan hanya dibezakan dengan tempat yang eksklusif. Begitu juga dengan tingkah laku serta kelakuan yang akan diterjemahkan di tempat yang berbeza. Di tempat eksklusif mana mungkin pengunjung akan berbual seperti mana mereka bergelak tawa seperti di restoran mamak, padahal mereka itu sendiri bukanlah pendiam dan sopan, 

secara umumnya, kita tidaklah dengan mudah boleh meletakkan stereotype thinking kepada pengunjung francais, kerana ini lah yang dinamakan proses evolusi budaya, ianya dinamik namun berlaku secara spontan. Lama kelamaan, masyarakat akan menerima hakikat bahawa francais atau makanan segera akan menjadi sebahagian penting dalam kehidupan mereka.













Ini lah contoh gerai makan yang amat berbeza berbanding dengan restaurant francais seperti McD di mana dari segi lokasinya terletak jauh daripada pekan atau bandar dan kawasan tumpuan masyarakat.Dapat diamati di sini,status sosial dengan melihat kenderaan,pakaian,kedudukan gerai,segala ultiliti gerai dan lain-lain lagi amat berbeza dengan pengunjung di fast-food francais.

YOU ARE WHAT OR AWARE TO EAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!