Sedikit mengenai teori ini pertama kali telah diperkenalkan oleh Thetonio Dos
Santos dan Andre Gunder Frank dalam menjelaskan hubungan di antara negara ‘maju’
dan ‘miskin’ ketika itu.Hal ini kerana teori ini merupakan item yang penting dalam Sistem Teori Dunia. Pergantungan yang jelas dari segi ekonomi yang memaksa
negara miskin(pinggir) bergantung kepada negara maju(sentral) dalam menaikkan pembangunan di
dalam negara mereka.Teori yang diperkenalkan ini tidak asing lagi dengan sistem
ekonomi kapitalis-dunia dan apabila negara maju dapat mencengkam negara miskin
ini dengan berleluasa,ia menggambarkan fasa akhir dalam sistem ekonomi
kapitalis. Menurut Dos Santos, negara-negara miskin yakni negara Dunia Ketiga
membangun atau maju akibat dengan pengembangan ekonomi oleh negara maju yakni
negara G-8 dengan menggunakan sistem kapitalis. Jika sistem ekonomi yang
dialami oleh negara maju ini maka ia secara langsung akan menjejaskan negara
miskin ini namun jika perkara sebaliknya berlaku apabila sistem ekonomi negara
miskin ini jatuh, ia tidak akan menjejaskan negara maju yang mencengkamnya.
Gambar rajah di atas menunjukkan pergantungan negara miskin atau pinggiran dalam mendapatkan goods daripada negara maju yakni negara sentral dan negara sentral juga memerlukan sumber yang dapat menjana ekonomi mereka. Contoh yang dapat dilihat ialah bagaimana negara sentral seperti U.S mencengkam negara2 Timur Tengah bagi memperoleh sumber galian iaitu minyak bagi membantu ekonomi dan operasi ketenteraannnya. Dengan penggambilan sumber-sumber ini, negara sentral dapat menerapkan pelbagai polisi yang dapat meningkatkan income mereka dan seterusnya dapat melindungi negara mereka daripada negara menbangun yakni negara separa pinggiran. Bagi negara separa pinggiran pula, negara ini tidak mendatangkan kesan yang besar terhadap negara sentral dan negara pinggir. Walaupun negara-negara ini terikat dengan sistem kapitalis namun negara ini tidak lupa dalam mengembangkan industri sendiri. Sebagai contoh negara Korea Selatan yang mengembangkan pelbagai industri seperti pemotoran sehinggan dapat dieksport ke negara sentral sendiri. Negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Hongkong ini merupakan salah satu contoh negara separa pinggir yang berkemungkinan dapat melepaskan diri daripada kuasa imperialis kapitalis dengan industri masing-masing.
http://www.wisegeek.org/what-is-dependency-theory.htm
0 comments:
Post a Comment