Kemunculan industri makanan segera di
Malaysia sedikit sebanyak telah menyebabkan berlakunya perubahan budaya
terutamanya dalam kehidupan masyarakat. Perubahan budaya yang berlaku adalah
berpunca dari pengaruh budaya yang masuk dalam kehidupan masyarakat. Pengaruh
budaya yang boleh dilihat berlaku dalam pelbagai aspek iaitu dalam aspek sistem
pengurusan dan budaya masyarakat itu sendiri. Sistem pengurusan francais
merupakan sistem yang cekap dan sistematik. Pelanggan tidak perlu menunggu lama
seperti mana yang berlaku direstoran-restoran mahupun warung-warung.
Dahulu, sebelum wujudnya francais,
masyarakat kebanyakkan memilih untuk makan direstoran-restoran mahupun warung.
Namun kini, masyarakat khususnya golongan berkerjaya lebih memilih francais
kerana kekangan masa dengan aktiviti harian. Mereka lebih memilih francais
kerana:
- 1. Mudah didapati dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menunggu.
- 2. Menjimatkan masa
- 3. Packaging yang ringkas
- 4. Beroperasi 24 jam sehari
Salah satu contoh makanan plg simple yang boleh didapati di McDonald
Melalui pemerhatian yang telah dilakukan,
kami mendapati golongan yang kerap mengunjungi francais seperti McD, KFC, dan
yang lain-lain adalah golongan remaja yang majoritinya masih belajar di sekolah
mahupun di institusi-institusi pengajian. Mereka lebih berminat lepak di francais-francais
sebegini kerana keadaan yang agak kondusif dan santai. Tambahan pula dilengkapi
dengan penghawa dingin dan kemudahan wifi bagi memudahkan mereka melayari
internet. Berbanding dengan restoran-restoran atau warung-warung yang lain,
mereka tidak menyediakan kemudahan seperti yang ada disetiap francais.
Makananan segera sudah tidak asing lagi
kepada masyarakat khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Pelbagai jenis
makanan segera seperti ayam goreng, kentang goreng, hot dog, pizza, mi segera
dan pizza di iklankan setiap hari oleh media massa. Makanan segera ini mudah
didapati di premis-premis perniagaan yang mengutamakan perkhidmatan menyediakan
makanan dengan cepat dan selesa, enak dan harganya juga berpatutan. Namun dari
segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif
yang harus diberi perhatian oleh masyarakat umum.
Kesibukan
dalam tugas seharian telah mendorong masyarakat pada hari ini untuk mengambil
makanan segera sebagai alternatif daripada makanan berat. Makanan segera boleh
membawa kemudaratan kerana kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk
perisa ‘monosodium glutimate’ yang membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan
seseorang itu diserang penyakit buah pinggang dan darah tinggi. Pada hari ini, masalah
kegemukan atau obesiti telah menjadi satu sindrom baru masyarakat kita berpunca
daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula
yang tinggi seperti aiskrim, minuman berkarbonat dan sebagainya.
Selain
itu, kegemukan ialah risiko peningkatan kolesterol dalam darah dan jika tidak
diberi perhatian boleh menyebabkan penyakit jantung. Kajian pakar pemakanan
menunjukkan bahawa makanan segera boleh merosakkan fungsi otak dimana kandungan
lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa dan seterusnya boleh
merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan. Pengambilan makanan segera yang
berlebihan juga boleh mengancam radang paru-paru yang boleh membawa kepada
penyakit asma yang kronik. Makanan segera tidak mengandungi vitamin A yang amat
diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin ini penting untuk membina sel-sel baru,
disamping berfungsi untuk penjagaan kulit dan mata. Gentian yang dapat membantu
penghadaman dan mengelakkan sembelit tidak terdapat dalam makanan segera.
Makanan
sebenarnya menjadi sumber untuk kesihatan dan kesejahteraan, malang sekali pada
masa kini makanan turut membawa kesengsaraan kepada manusia. Oleh sebab itu,
kita mestilah mengurangkan pengambilan makanan segera untuk mengelakkan diri
daripada dijangkiti pelbagai penyakit dan mestilah mengamalkan tabiat pemakanan
yang seimbang dan sihat.
Impak
kewujudan restoran McDonalds (Francais) kepada masyarakat dari aspek ekonomi.
Industri
makanan segera mempunyai pra dan kontranya yang tersendiri. Namun begitu, di
sebalik keburukan yang sering diperkatakan, industri makanan segera atau
makanan ringan ini sebenarnya banyak menyumbang kepada ekonomi sesebuah negara.
Hal ini demikian kerana, industri makanan segera ini mewujudkan banyak peluang
pekerjaan kepada orang ramai, lantas mengurangkan kadar pengganguran dan
akhirnya meningkatkan produktiviti negara dalam mengeluarkan sesuatu barang
dengan kadar yang maksima. Sekalipun industri makanan segera melalui arus
perkembangan teknologi yang kian maju. Di mana perkembangan teknologi dapat
meningkatkan daya pengeluaran dan seterusnya mengurangkan kos daya pengeluaran
sesebuah firma. Namun, industri ini masih memberi peluang pekerjaan kepada
masyarakat setempat.
Kini,
McDonalds Malaysia telah mempunyai lebih 200 rangkaian restoran di seluruh
negara dan membuat projeksi pertumbuhan restoran baru dengan kadar antara 15-20
buah restoran pada setiap tahun. Peluang pekerjaan untuk warga tempatan juga
bertambah dengan pembukaan restoran baru ini. Anggaran sebanyak 1500 peluang
pekerjaan baru akan diwujudkan menerusi pembukaan restoran baru ini, penambahan
kakitangan serta pemodelan semula restoran-restoran yang sedia ada. Menjelang
tahun 2014, McDonalds Malaysia merancang untuk memiliki 300 restoran, dan
membuat projeksi akan melayan lebih 12 juta pelanggan pada setiap bulan.
McDonalds Malaysia juga kini menguasai 42 peratus pasaran Restoran Perkhidmatan
Segera (QSR) di Malaysia, berbanding restoran makanan segera yang lain seperti
Kentucky Fried Chicken (KFC), Burger King, A&W, Pizza Hut, Dominos Pizza
dan sebagainya.
Selain
itu juga, industri makanan segera ini juga turut membantu dalam menjana
pendapatan negara. Sebagai contoh, McDonalds secara globalnya mempunyai jumlah
pekerja lebih daripada 1.5 juta orang dan jumlah ini akan bertambah berikutan
semakin banyak restoran McDonald di buka di seluruh negeri , sekaligus membantu
negara mengurangkan kadar pengangguran yang kian meruncing dan akhirnya melalui
peluang pekerjaan yang diberi, produktiviti negara dapat di pertingkatkan
dengan jumlah yang maksima. Jelaslah bahawa pertumbuhan industri makanan segera
tidak hanya tertumpu kepada impak buruk ke atas pengambilan makanan segera,
tetapi juga mempunyai nilai yang positif antaranya adalah menjana pertumbuhan
pendapatan negara.
Penjanaan
pendapatan negara juga dapat di pertingkatkan melalui industri makanan segera
ini yang menggunakan sistem francais. Untuk memaksimumkan keuntungan mereka,
perniagaan makanan ringan mencipta sistem “franchise” yang membolehkan syarikat
untuk mempertahankan kawalan keseluruhan produk, dan memberikan tingkat
pengembalian yang dijanjikan, serta pada masa yang sama membolehkan pemilik
tempatan untuk mengawal kadar rendah upah kerja yang paling sesuai dengan
keadaan semasa. Di Malaysia, sebanyak 30 peratus sistem francais adalah terdiri
daripada industri makanan dan minuman (F&B) dan kebanyakkannya beroperasi
dengan konsep segera. Cukai kerajaan sebanyak 6% yang dikenakan dalam industri
ini turut mendatangkan pendapatan yang sangat lumayan kepada kerajaan. Ini
bermakna setiap pembelian makanan segera oleh pengguna bukan sahaja untuk
membeli makanan segera tersebut tetapi juga untuk menampung cukai kerajaan.
Tambahan
pula, industri makanan segera juga perlu membayar banyak lagi cukai kepada
kerajaan termasuklah cukai tanah, cukai pendapatan dan sebagainya. Oleh itu,
boleh dikatakan selain daripada industri pelancongan, perindustrian, dan
pertanian, industri makanan segera juga perlu ditekankan kerana permintaan
masyarakat terhadap makanan segera semakin meningkat. Cukai-cukai yang di bayar
tersebut telah membantu pendapatan negara meningkat.
Tuntasnya, sistem francais ini sekaligus
menaikkan ekonomi negara. Industri makanan segera ini banyak memberi impak
terhadap ekonomi negara. Walaupun makanan segera ini dikatakan lebih membawa
banyak keburukan dengan pengambilannya yang tidak di kawaL. Pun begitu,
kewujudannya membantu negara meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara menjadi
lebih terkawal.
0 comments:
Post a Comment