Lembaran Pertama :
Masyarakat dan Francais
Gaya hidup moden dan mudah , nama - nama restoran francais
yang terkemuka seperti McDonald (McD), Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut,
A&W, dan deretan nama yang lain. Namun ia tidak lah wujud di zaman
millenia, ahli sejarah telah mengesan konsep makanan segera atau fastfood telah
wujud sejak era Republic Rome Italy lagi. penyediaan makanan yang mudah dan
serba satu menjadi santapan berzaman.
Cuma apabila zaman semakin maju, persembahan makanan itu
berubah seiring peredaran masa. manusia mula menganggap makanan segera ini satu
gaya hidup yang melambangkan status diri. Semestinya ada perbezaan antara
makanan di restoran mamak, dan restoran francais ini. Disini kita tidak hanya
melihat kepada makanan itu semata - mata, namun pengunjung dan persekitaran
yang ada di premis - premis tersebut.
Ciri - ciri yang dapat dilihat termasuklah status sosial
pengunjung, taraf umur, gaya dan penampilan, jangkaan ekonomi, gender,
dan latar belakang kawasan. secara kasarnya kalian boleh membayangkan pengguna
yang datang ke gerai dan restoran biasa berbanding dengan mereka yang datang ke
premis francais ini.setidak - tidak nya, penampilan dan jangkaan ekonomi boleh
dibuat atau diandaikan secara kasar.
Status sosial yg pelbagai berada
di fast food restaurant
|
Boleh nampak perbezaan nya? amat ketara bukan?
Ciri - ciri yang kami senaraikan tadi menjadi penanda aras
kepada cara masyarakat memandang status sosial itu dengan hanya dibezakan
dengan tempat yang eksklusif. Begitu juga dengan tingkah laku serta kelakuan
yang akan diterjemahkan di tempat yang berbeza. Di tempat eksklusif mana
mungkin pengunjung akan berbual seperti mana mereka bergelak tawa seperti di
restoran mamak, padahal mereka itu sendiri bukanlah pendiam dan sopan,
secara umumnya, kita tidaklah dengan mudah boleh meletakkan
stereotype thinking kepada pengunjung francais, kerana ini lah yang dinamakan
proses evolusi budaya, ianya dinamik namun berlaku secara spontan. Lama
kelamaan, masyarakat akan menerima hakikat bahawa francais atau makanan segera
akan menjadi sebahagian penting dalam kehidupan mereka.
Ini lah contoh gerai makan yang amat berbeza
berbanding dengan restaurant francais seperti McD di mana dari segi lokasinya terletak
jauh daripada pekan atau bandar dan kawasan tumpuan masyarakat.Dapat diamati di
sini,status sosial dengan melihat kenderaan,pakaian,kedudukan gerai,segala
ultiliti gerai dan lain-lain lagi amat berbeza dengan pengunjung di fast-food francais.
YOU ARE WHAT OR AWARE TO EAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
0 comments:
Post a Comment